| www.syadina.com | E-Mall Ekslusif Untuk Anda
Laman utama borang pesanan online Hantar komen atau pertanyaan
 

| www.syadina.com | E-Mall Ekslusif Untuk Anda
 
Emas Sadur Syadina  
Batik  
Kain Pasang 4 Meter  
Kerongsang  
Aksesori Wanita  
Aksesori Lelaki  
Aksesori Kanak-Kanak  
Lain-Lain Aksesori  
Kasut Wanita  
Kasut Lelaki  
Kasut Kanak-Kanak  
Set Cadar & Comforter (Single/Queen/King)  
Cadar Kahwin & Pelmet  
Langsir  
Tikar Bercorak  
Perkakasan Dapur  
Alat Tulis  
Soft Toys & Bantal  
Serunding (Ayam/Daging/Ikan) Baru!  
Biskut Raya Baru!  
Pemakanan Kesihatan  
Diet & Pelansingan Badan  
 
 
Rekabentuk Laman Web  
Pembangunan Sistem Aplikasi Berasaskan Web  
Rekabentuk Logo & Profil Perniagaan  
Rekabentuk & Edit Imej  
Aplikasi SMS  
     
 




F.A.Q (Frequent Asked Question)



Berikut adalah soalan-soalan yang biasa diajukan dan jawapn daripada pihak Syadina.



Soalan : Bagaimanakah caranya untuk menjadi wakil jualan Emas Sadur Syadina? Adakah syarat-syarat tertentu diperlukan?
Jawapan : Tiada syarat untuk menjadi wakil jualan Emas Sadur Syadina. Cara-caranya sperti di bawah :

1. Daftar sebagai ahli sama ada melalui borang daftar ahli online atau secara terus dengan pihak Syadina beserta dengan bayaran sebanyak RM30.
2. Setelah membuat bayaran dan pendaftaran, sila kemukakan bukti pembayaran bersama.
3. Anda harus menunggu untuk pihak Syadina mengesahkan pendaftaran. Pihak Syadina akan menghubungi anda untuk memberikan nombor keahlian.
4. Gunakan nombor keahlian yang diberikan untuk mendaftar daftar masuk pengguna sistem dan nombor keahlian anda juga penting untuk setiap urusan dengan pihak Syadina termasuklah sewaktu untuk membuat pesanan. Segala urusan dengan pihak Syadina akan berpandukan kepada no ahli anda.
5. Katalog akan diposkan kepada anda selewat-lewatnya dalam masa seminggu setelah anda mendaftar. Maklumkan pihak Syadina sekiranya anda telah menerima katalog tersebut.

Soalan : Setelah mendaftar sebagai wakil jualan Emas Sadur Syadina, apakah faedah yang boleh diperolehi ahli?
Jawapan: Setelah mendaftar sebagai wakil jualan Emas Sadur Syadina, secara automatik anda layak menerima diskaun sebanyak 15%-30% potongan tidak kira sama ada belian dibuat untuk pelanggan atau untuk diri sendiri. Sila rujuk jadula keuntungan Syadina di laman Keahlian. Selain itu, hadiah yang lumayan akan diberikan kepada wakil jualan yang mengumpul mata tertinggi setiap bulan.

Soalan : Bagaimanakah pengiraan mata bagi memenangi hadiah bulanan dan hadiah tahunan?
Jawapan : Kami akan merekodkan mata bulanan dan mata terkumpul tahunan. Pemenang hadiah bulanan diambil kira dari jumlah mata tertinggi setiap bulan. Selepas 27 haribulan, mata bulanan akan di padamkan (reset). Mata tidak akan dibawa ke bulan hadapan. Manakala, mata terkumpul tahunan adalah hasil tambah semua mata yang dikumpul setiapa bulan.
Soalan : Bagaiamanakah sekiranya wakil jualan Syadina ingin membuat pesanan barangan emas sadur dan barangan lain yang dijual di SYADINA.COM?
Jawapan : Bagi ahli yang berdaftar - Untuk membuat pesanan barangan emas sadur,anda perlu daftar masuk bahagian ahli dan gunakan borang pesanan yang disediakan untuk ahli. Namun, jika ahli Syadina ingin membeli barangan lain yang terdapat di SYADINA.COM, anda hanyalah perlu menggunakan borang pesanan yang terdapat pada menu bahagian atas laman web ini.
Soalan : Bagaiamanakah sekiranya pengunjung biasa ingin membuat pesanan barangan emas sadur dan barangan lain yang dijual di SYADINA.COM?
Jawapan : Bagi pengunjung yang bukan ahli - anda boleh menggunakan borang pesanan yang disediakan di bahagiam menu atas laman web Syadina untuk membuat pesanan barangan emas sadur atau barangan-barangan lain yang dijual di SYADINA.COM.
Soalan : Bagaimanakah pembayaran boleh dibuat untuk setiap pembelian di SYADINA.COM?
Jawapan : Bayaran boleh dibuat kepada akaun bank NIK SABRINA BT NIK ABD AZIZ

MAYBANK : 1530-4780-9394
CIMB : 0307-0012711-523

* Maklumkan pihak Syadina setelah anda membuat bayaran sama ada menggunakan borang hubungi, emel atau telefon.
Soalan : Bagaimanakah penghantaran barangan dibuat?
Jawapan : Barangan akan dihantar melalui pos sama ada menggunakan POSLAJU ataua PARCEL, bergantung kepada saiz barangan. Barangan yang berisiko untuk pecah seperti pinggan mangkuk tidak akan diposkan. Barangan akan dihantar secara terus kepada anda (untuk penduduk Lembah Klang sahaja) atau anda boleh mengambil barangan di pusat simpanan barangan kami di Puchong atau Sentul.
Soalan : Berapakah kos pos yang perlu dibayar?
Jawapan : Ini bergantung kepada saiz barangan dan kuantiti yang dibeli. Caj minimum yang dikenakan ialah (kecuali barangan emas sadur & soft toys):
Semenanjung Malaysia : RM5.00
Sabah & Sarawak : RM8.00

* Kos pos ini tidak tetap. Sila aju pertanyaan kepada pihak Syadina sebelum membuat pesanan.
Soalan : Bagi barangan Emas Sadur Syadina, bagaimanakah bentuk bungkusan yang akan diterima?
Jawapan : Barangan akan diberikan dalam bentuk pek bungkusan plastik barangan kemas Syadina. Jika anda memerlukan kotak perhiasan, caj tambahan akan dikenakan mengikut bentuk dan saiz kotak.
Soalan : Refund. Bolehkah pembeli ingin memulangkan kembali barangan sama ada untuk ditukar atau dikembalikan wang tunai?
Jawapan : Barangan akan ditukarkan sekiranya terdapat kerosakan semasa penerimaan (tidak disebabkan oleh pos). Barangan tidak akan ditukarkan hanya kerana pembeli berubah fikiran dan mahu menggantikannya dengan barangan lain. Untuk itu, anda haruslah memastikan yang kod item yang diberikan adalah tepat beserta kuntitinya.
   
Soalan : Untuk barangan emas sadur Syadina, adakah warranty disediakan untuk setiap barangan dan berapa lamakah tempohnya?
Jawapan : Pihak Syadina tidak menyediakan apa-apa warranty untuk barangan Emas Sadur Syadina memandangkan ketahanan emas sadur ini bergantung sepenuhnya kepada cara penggunaan dan penjagaan masing-masing. Sila rujuk tips penjagaan di pautan Keahlian.
Soalan : Adakah pihak Syadina menyediakan perkhidmatan untuk memotong dan menyadur barangan emas sadur ini?
Jawapan : Pihak Syadina sedia membuat pemotongan jika barangan yang dibeli terlalu panjang untuk pemakai. Tiada caj tambahan dikenakan. Untuk menyadur semula barangan, pihak Syadina juga ada menyediakan servis tersebut tetapi kos saduran perlu ditanggung oleh pembeli. Kosnya bergantung kepada saiz barangan.
Soalan : Adakah Pihak Syadina memberikan lebih diskaun atau apa-apa ganajaran untuk ahli yang memperkenalkan ahli?
Jawapan : Buat masa ini, Syadina tidak mengamalkan sistem downline. Pihak Syadina mahu setiap wakil jualan berurusan secara terus dengan pihak Syadina. Walaubagaimanapun, pihak Syadina menghargai inisiatif anda untuk memperkenalkan ahli baru dengan menghadiahkan anda dengan hadiah istimewa dari pihak Syadina.
Soalan : Bolehkah sekiranya ahli yang telah mendaftar memiliki lebih daripada satu katalog Emas Sadur & Aksesori Syadina?
Jawapan : Boleh. Anda boleh memiliki katalog kedua dan seterusnya dengan membeli katalog sahaja yang beharga RM20.


 
| www.syadina.com | E-Mall Ekslusif Untuk Anda
  F.A.Q | Terma & Syarat | Sitemap | Terma Pembelian Online | Hubungi